Playstation 4 Memasuki Pasaran Malaysia 20 Disember Pada Harga RM1,799
Peminat-peminat Playstation kini boleh bergembira kerana Sony mengumumkan Playstation 4 keluaran syarikat itu akan memasuki pasaran Malaysia pad 20 Disember pada harga RM1,799.
Sony Computer Entertainment Asia Japan (SCEAJ) baru sahaja melancarkan secara rasmi konsol permainan video terbaru mereka, Playstation 4 dan mengesahkan ia akan mula memasuki pasaran Malaysia pada hari Jumaat, 20 Disember 2013, iaitu sehari selepas pelancarannya di Singapura.
Harga alat konsol permainan video itu ditetapkan pada RM1,799 untuk pakej asas, manakala ia boleh meningkat sehingga RM1,969 untuk pakej yang menyertakan Battlefield 4. Sony juga akan melancarkan penjualan peranti dan aksesorinya pada masa yang sama. Antara aksesori Playstation 4 yang boleh dibeli ialah alat kawalan DualShock 4 (RM249), Pengecas DS4(RM119), kamera Playstation (RM 249) dan pemegang menegak (RM99).
Pada hari pelancaran, Sony menyatakan bahawa akan ada 20 tajuk permainan video yang akan dilancarkan pada hari yang sama. Tempahan boleh dibuat mulai 15 November hingga 13 Disember di Sony Store KLCC dan The Curve di samping Sony Online Store dan beberapa wakil penjual Sony yang lain.
Jadi, bagi mereka yang telah lama menunggu alat konsol permainan video ini, segera tempah pada masa dan tempat yang disebut. Maklumat lanjut di laman web Playstation Asia.
0 ulasan: