Grand Theft Auto : San Andreas Akan Ke Peranti Mudah-Alih Pada Disember Ini
GTA San Andreas sebelum ini telah diperkenalkan pada tahun 2004 yang lepas, dan ia telah sedia ditawarkan untuk PlayStation 2, Xbox 360, PlayStation 3, Windows dan juga Mac OS X.
Menurut Rockstar, untuk versi peranti mudah-alih ini, mereka telah mengemaskini pelbagai perkara termasuk dari segi grafik, paparan dan pelbagai yang lain disamping mengoptimasikannya untuk skrin sentuh.
Tiada tarikh rasmi yang diberikan Rockstar Games buat masa ini, dan mereka mengatakan akan berkongsi lebih maklumat dalam beberapa minggu ini.
0 ulasan: