Tizen OS Akan Menjalankan Peti Sejuk



Tizen OS ialah OS keluaran Samsung yang diharapkannya dapat membebaskannya daripada genggaman Android. Syarikat itu mahu menjadikan OS itu sebagai pusat kepada ekosistem perkakasan keluarannya, dengan Tizen OS dirancang untuk berkembang dari OS bagi peranti mudah alih kepada barangan elektronik rumah.

Menurut akhbar Korea Selatan DDaily, peti sejuk pintar itu akan dipasang touchscreen padanya, dikuasakan oleh 512MB atau 256MB RAM, mempunyai sokongan Wi-Fi dan menggunakan pemproses Nexell.
Setakat ini, Samsung agak berahsia tentang perkembangan Tizen OS, tetapi, perlahan-lahan ia didedahkan hasil usaha syarikat itu mendemonstrasikan sistem tersebut kepada pembangun pada satu persidangan di Asia baru-baru ini.
Samsung sedang menggasa pembangun aplikasi untuk membangunkan aplikasi untuk OS tersebut dan walaupun ia tidak mendedahkan produk-produk yang akan menggunakan OS tersebut namun ia mengumumkan bahawa sebuah peti sejuk akan dipamerkan pada acara CES 2014.
Salah satu cara Samsung menarik minat pembangun untuk membangunkan aplikasi untuk OS tersebut ialah dengan menjanjikan pembangun boleh menghasilkan satu aplikasi dan aplikasi tersebut boleh disalurkan dengan mudah kepada produk yang dikhaskan untuk aplikasi tersebut.
Memandangkan hampir mustahil Tizen bersaing dengan Android, adalah satu keputusan yang baik untuk menyertakannya pada sebanyak peranti mungkin.
Sumber : Unwired View

0 ulasan:

Copyright © 2013. BlogNazrulYo - All Rights Reserved By Nazrul Yo
Customized by: BlogNazrul Yo | Powered by:NazrulYo
Designed by:NazrulYo