Panduan dan tips membeli smartphone terpakai



Memiliki smart phone atau telefon mudah alih masa kini tidak lagi menjadi suatu yang eksklusif kerna lambakan model terkini dengan harga yang berpatutan memenuhi pasaran bagi menampung permintaan yang tinggi. Disebabkan teknologi telefon pintar terlalu pantas berkembang, ia menjadikan peralatan tersebut sebagai sejenis peralatan pakai-buang. Kebaikannya, telefon pintar / smartphone yang terpakai turut memenuhi pasaran kedua, bagi pengguna yang mahu memilikinya tanpa perlu membayar dengan harga yang tinggi.
Smartphone terpakai tidak semestinya sesuatu yang kurang praktikal. Penulis sendiri memilikinya dan tidak merasa rugi sehingga ke hari ini. Namun, faktor pemilihan telefon pintar yang terpakai menentukan tempoh kebolehgunaan peralatan dan kepuasan hati anda. Seandainya tersilap langkah dalam pemilihan, meskipun dengan harga yang sangat murah, kelak anda mungkin menyesal. Oleh itu, tips di bawah sekurang kurangnya dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat dan menjimatkan!
1. Harga: Kesesuaian harga yang ditetapkan untuk telefon terpakai adalah bergantung pada banyak faktor. Satu tips yang mudah untuk membantu anda membuat anggaran harga sesebuah telefon adalah dengan melayari laman web yang turut menjual telefon terpakai. Salah satu laman web yang popular adalah : www.mudah.my & www.lelong.com.my .. Perlu juga anda pertimbangkan harga modal  yang anda ingin dapatkan kembali sekiranya suatu masa nanti anda terfikir untuk menjualnya. Sekiranya ianya separuh dari harga yang anda beli, ianya suatu pelaburan yang bijak :). Tawar menawar merupakan satu lumrah yang biasa dan adalahdi galakkan untuk anda tawar menawar dahulu sebelum membuat pembayaran.
2. Spesifikasi: adalah merujuk pada keupayaan sesebuah telefon pintar. Ianya hampir sama seperti panduan untuk membeli sebuah komputer. Semak spesifikasi model yang anda ingin beli melalui laman web tertentu seperti www.gsmarena.com. Pastikan spesifikasi telefon tersebut memenuhi kehendak atau keperluan anda. Jika tidak diperhalusi dengan betul dalam perkara ini, pasti anda akan membeli telefon lain dalam masa yang terdekat, dan itu lebih merugikan. Spesifikasi minimum yang boleh penulis cadangkan untuk kepuasan menggunakan telefon pintar semaksimum mungkin adalah seperti berikut:
Kelajuan pemproses minimum 1Ghz (sebaiknya dua pemproses – dual core)
Kapasiti memori minimum 700+Mb (dan ke atas)
Keupayaan grafik adreno siri 200 (atau lebih terkini)
Keupayaan megapixal camera, saiz memori dalaman, dan sebagainya adalah mengikut kesesuaian keperluan atau kehendak anda kerana 3 ciri minimum di atas merupakan asas spesifikasi minimum bagi memenuhi keperluan dan kepelbagaian fungsi telefon yang bakal anda miliki.
3. Jenama & model: ianya kurang penting jika anda tidak bercadang untuk menjual semula telefon tersebut, sebaliknya sedikit sebanyak jenama & model telefon tersebut akan turut mempengaruhi harga jualan kelak. Sesetengah  jenama & model telefon pintar mempunyai perminat dan permintaan yang tersendiri, membolehkan anda menjual semula dengan harga lebih tinggi. Jenama & model juga penting untuk melakukan proses “rooting” dan flashing “custom ROM”. Telefon pintar yang popular biasanya mempunyai pelbagai variasi jenis “custom ROM” berbanding telefon pintar yang kurang terkenal. Dapatkan telefon yang berjenama sekiranya ada di pasaran, jika tidak, adalah lebih baik untuk anda menangguhkan dahulu sekiranya ianya tidak mendesak. Perlu di ingat, semakin lama, semakin banyak lambakan telefon di pasaran, dan semakin pelbagai pilihan yang boleh anda buat. Tiada masalah bukan? :)
4. Warranty, Servis, Custom ROM dan Free Gift: ringkasnya, sekiranya warranty telefon tersebut masih ada, servis boleh di berikan selepas pembelian dan anda di berikan ‘free gift’(sebagai contoh earphone) ianya satu kelebihan yang jarang di berikan oleh penjual telefon terpakai. Elakkan membeli telefon terpakai yang telah di pasang dengan Custom ROM. Custom ROM adalah sistem operasi yang telah di ubah suai oleh komuniti. Meskipun ia mempunyai kelebihan tersendiri, sebaiknya cuba dapatkan telefon pintar yang masih “dara” dan tidak di ubah suai sistem operasinya bagi memudahkan anda untuk menyemak keberfungsian pelbagai aspek telefon tersebut seperti fungsi camera, skrin sesentuh, gyro, gsp, sambungan 3G, bluetooth dan sebagainya. Custom ROM biasanya mempunyai sedikit masalah yang bergantung pada versi tertentu yang di pasang pada telefon. Sekiranya telefon tersebut berfungsi dengan baik dalam semua aspek, Custom ROM bukanlah satu alasan untuk tidak anda membelinya bahkan ianya satu kelebihan. Perkara ini adalah agak “subjektif” dan bergantung pada penilaian anda sendiri.


Anda punyai info tambahan? kurang faham? kongsilah dengan kami melalui ruangan komen di bawah … :) Good luck finding the one that best for you. Penulis sendiri masih menggunakan telefon terpakai, HTC sensation XE yang di beli dengan harga RM 750 sahaja (harga pasaran ketika baru adalah RM 1600+) dan penulis sangat berpuas hati menggunakannya sehingga ke hari ini.. kenapa perlu bayar lebih bukan? hihi.

0 ulasan:

Copyright © 2013. BlogNazrulYo - All Rights Reserved By Nazrul Yo
Customized by: BlogNazrul Yo | Powered by:NazrulYo
Designed by:NazrulYo