Angry Birds Star Wars Ke PS Vita



Angry Birds, permainan percuma yang mulanya popular di iOS serta Android bakal menerjah masuk ke PS Vita, konsol permainan mudah alih ciptaan Sony yang diperkenalkan dalam tahun 2012.


Rovio, syarikat pembuat permainan Angry Birds tidak mengumumkan apa-apa perkembangan mengenai proses pembikinan Angry Birds untuk PS Vita namun semuanya terdedah apabila Amazon.com tiba-tiba didapati menjual permainan Angry Birds Star Wars untuk PS Vita di laman web mereka pada harga rasmi $39.99 Dolar Amerika.

Rupanya permainan Angry Birds untuk PS Vita dibangunkan oleh Activition dengan lesen penuh daripada Rovio. Buat masa ini, saat berita ini dikeluarkan Activision memberitahu bahawa mereka bakal membuat pengumuman mengenai Angry Birds Star Wars untuk PS Vita dalam sedikit masa lagi. Activision dijangka membuat pelancaran rasmi Angry Birds Star Wars versi PS Vita dalam beberapa minggu akan datang.

0 ulasan:

Copyright © 2013. BlogNazrulYo - All Rights Reserved By Nazrul Yo
Customized by: BlogNazrul Yo | Powered by:NazrulYo
Designed by:NazrulYo