Nexus 5, Nexus 10 Model 2013 Bersama Android 4.4 Kit Kat



Nexus 5 dan sistem operasi Android 4.4 Kit Kat dikatakan bakal diperkenalkan oleh Google menjelang perayaan Halloween iaitu sekitar 31 Oktober 2013. Dari ura-ura lain pula, Nexus 5 dan Android 4.4 dikhabarkan bakal dikeluarkan ke pasaran sekitar minggu pertama bulan November 2013.

LG dikatakan bakal menjadi rakan niaga Google dalam proses bekerjasama membina smartphone Nexus 5. Android 4.4. pula akan dipilih sebagai menjadi sistem operasi untuk Nexus 5, justeru menjadikan Nexus 5 sebagaismartphone  Androd pertama tampil dengan Android 4.4 Kit Kat kala telefon pintar lain masing berfungsi menggunakan Android 4.1 hingga Android 4.3 Jelly Bean.
Seiring dengan itu, Google dikhabarkan sedang membina tablet pc Nexus 10 model baharu dipanggil sebagai Nexus 10 2013. Ia juga dipanggil sebagai Nexus 10 generasi kedua model 2013 selepas Nexus 10 model pertama yang diperkenalkan pada tahun 2012 hasil kerjasama Google dengan pihak Samsung sebagai hardware partner.
Pengeluaran Nexus 10 model generasi kedua adalah respon Google terhadap iPad Air yang menggunakan iOS 7 serta Surface Pro 2 yang menggunakan Windows 8.1. Nexus 10 dikatakan bakal menggunakan Android 4.4 Kit Kat, justeru menjadi tablet pc Android pertama sekali menggunakan versi tersebut.

0 ulasan:

Copyright © 2013. BlogNazrulYo - All Rights Reserved By Nazrul Yo
Customized by: BlogNazrul Yo | Powered by:NazrulYo
Designed by:NazrulYo