Android Touch ID, Sistem Keselamatan Biometrik Terbuka Diperkenalkan Dalam 2014




Android Touch ID, sistem keselamatan biometrik berasaskan sistem terbuka bakal diperkenalkan dalam masa 6 bulan dari sekarang sekitar pertengahan tahun 2014.

Pengenalan Android Touch ID dijayakan oleh Google, PayPal beserta beberapa syarikat teknologi lain. Penubuhan Android Touch ID turut disokong oleh FIDO Alliance, konsortium piawaian identiti atas talian.
Nama FIDO adalah singkatan dari perkataan Fast IDentity Online. Ahli-ahli FIDO utamanya adalah BlackBerry, CrucialTec, Google, Lenovo, Nok Nok Labs, NXP Semiconductors, PayPal, Validity, Yubico.
Syarikat-syarikat teknologi web yang menjadi ahli-ahli FIDO Alliance yang lain adalah seperti Entersekt, EyeLock, Fingerprint Cards AB, FingerQ ( anak syarikat World Wide Touch Technology Group), Infineon Technologies AG, LG Electronics serta FindBIOMETRICS.com. Hanya Microsoft, Samsung juga HTC masih belum menjadi peserta.
Tujuan penubuhan Android Touch ID adalah untuk menjadikannya sebuah piawaian biometrik bersifat sumber terbuka sebagai pengganti kepada Apple Touch ID yang bersifat tertutup dan dikawal sepenuhnya oleh Apple.
Proses pembangunan Android Touch ID mendapat sambutan baik dari penyedia perkhidmatan perbankkan atas talian, firma perniagaan juga syarikat kewangan kerana mempunyai potensi besar di masa akan datang khususnya dalam aspek keselamatan peribadi juga keselamatan identiti diri atas talian.
Semakin ramai orang akan kerap melakukan transaksi atas talian di peranti mudah alih (tablet pc, smartphone) sama ada untuk pembayaran wang, pemindahan wang, penerimaan wang. Jadi, keselamatan menjadi aspek penting.
Pengguna Android akan boleh membuat transaksi pembayaran dengan mudah (juga dengan selamat) melalui telefon pintar Android ataupun melalui tablet pc Android di mana-mana sahaja. Identiti pengguna Android akan dikenalpasti terlebih dahulu melalui pengesanan cap jari kemudian barulah transaksi dapat dilakukan.
Pengguna Android juga boleh mengunci peranti masing-masing tanpa perlu menggunakan kata kekunci atau Pattern Lock. Peranti hanya akan boleh dibuka menggunakan imbasan cap jari terlebih dahulu.
Penggunaan Android Touch ID akan dapat mengelakkan kes penipuan, kecurian identiti (identity theft) atau kecurian kata kunci (password stealing) kerana kesemua transaksi yang dilakukan di peranti-peranti Android memerlukan cap jari pemilik asalnya sebagai pengesahan.
Teknologi keselamatan peribadi yang dipelopori dari Android Touch ID diramal akan dibawa masuk ke platfrom sistem perisian lain seperti BlackBerry, Windows Phone, Windows 7 juga Ubuntu.

0 ulasan:

Copyright © 2013. BlogNazrulYo - All Rights Reserved By Nazrul Yo
Customized by: BlogNazrul Yo | Powered by:NazrulYo
Designed by:NazrulYo