We Are Legion – dokumentari mengenai Anonymous dan Internet Culture

Anonymous – siapakah mereka? Apa tujuan mereka dan kenapa dan bagaimana Anonymous ini boleh wujud? Untuk yang belum tahu, Anonoymous merupakan sebuah organisasi “hacktivist” yang banyak mencetus kontroversi dan serangan siber sejak beberapa tahun lepas lagi. Jika anda masih ingat, Anonymous juga pernah menyerang laman web kerajaan Malaysia pada tahun lepas.
Sebuah filem dokumentari bertajuk We Are Legion telah dihasilkan bertujuan membongkar rahsia dan sejarah di sebalik kumpulan “Anonymous” ini.
Anonymous menggelarkan diri mereka sebagai “hacktivist” singkatan bagi hacking activist. Modus operandi mereka biasanya melakukan serangan siber kepada website kerajaan, polis, atau mana-mana syarikat yang mereka tidak puas hati. Motif serangan pula biasanya politik, kebebasan internet dan kadang-kadang sekadar seronok-seronok (for the lulz).
Teknik serangan yang biasa digunakan ialah distributed denial of service (DDOS), deface dan beberapa teknik hacking lain.
Selain Anonymous, anda juga berpeluang mempelajari lebih banyak maklumat mengenai internet culture seperti 4chan, meme, lulz dan banyak lagi. Jika anda ada banyak masa lapang pada hari minggu, cubalah tonton dokumentari berdurasi 1 jam 32 minit 46 saat ini.
0 ulasan: