Cara Update iOS 7 Beta pada iPhone



Jadi, dipendekkan cerita saya telah upgrade iPhone kepada iOS 7 Beta. Buat masa sekarang masih banyak bugs dan tidak stabil, nak cuba pakai dalam seminggu, kalau banyak masalah baru downgrade ke iOS 6 balik.
Untuk yang berminat, anda boleh update ke iOS 7 beta dengan cara berikut :

1. Daftar UDID iPhone anda dengan Apple Developer Program. Samada, anda bayar RM300 (setahun) kepada Apple untuk dapatkan akses developer, atau minta tolong kepada rakan yang ada akses kepada Apple Developer Center. Langkah ini sangat penting kerana Apple menghalang pengguna biasa daripada upgrade iOS Beta version.
2. Sesetengah website juga menawarkan servis mendaftar UDID iPhone…google it. Kebanyakan adalah berbayar.
3. Download iOS 7 Beta ipsw daripada website, contoh IMZDL.com.
4. Bila dah dapatkan ipsw iOS 7 Beta dan juga telah mendaftar UDID, buka iTunes, cucuk iPhone pakai kabel USB dan boleh restore kepada iOS 7 Beta.
5. Pastikan anda membuat backup kepada iPhone tersebut sebelum upgrade.
6. Dalam masa 10-15 minit, proses upgrade iPhone ke iOS 7 Beta sudah boleh berjalan lancar sekiranya anda mengikut langkah yang betul.
Kalau nak downgrade balik ke iOS 6.1.3/6.1.4 boleh tengok tutorial berikut : Downgrade iOS 7 Beta
7. Selamat mencuba! :)

0 ulasan:

Copyright © 2013. BlogNazrulYo - All Rights Reserved By Nazrul Yo
Customized by: BlogNazrul Yo | Powered by:NazrulYo
Designed by:NazrulYo