Ubuntu Touch 1.0 Sedia Dimuat-Turun Pengguna Galaxy Nexus Dan Nexus 4
Bersama-sama dengan pelancaran Ubuntu 13.10, pihak Canonical juga turut sama telah melancarkan Ubuntu Touch versi stabil pertama, membolehkan pengguna Galaxy Nexus, Nexus 4 dan beberapa peranti lain memuat-turun dan menggunakannya pada telefon pintar mereka.
Ubuntu Phone sejak diperkenalkan pada awal tahun ini, ia telah menerima pelbagai reaksi positif, malah ramai yang telah mencuba dan menggunakan versi pembangunan awalnya.
Pelancaran versi stabil pertama ini menyertakan pelbagai sokongan telefoni dan sebagainya, selain mana turut dilengkapi dengan sokongan beberapa aplikasi utama, termasuk pelayar web, kalkulator dan sebagainya.
Seperti biasa, pelancaran ini lebih memfokuskan kepada pengeluar peranti, dan juga pembangun. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun Ubuntu Touch ini dan menggunakannya pada peranti anda. Buat masa ini, Canonical hanya menyokong Galaxy Nexus dan juga Nexus 4 sahaja, tetapi ramai komuniti bebas yang turut menawarkan sokongan dan port untuk peranti lain.
Baca : Ubuntu Touch Install
0 ulasan: