Nokia Dilihat Memfailkan Paten Untuk Jam Tangan Pintar
Daripada paten yang difailkan, ia dilihat Nokia ingin menguji jam tangan pintar dengan sokongan lebih dari satu skrin paparan, dimana setiap satunya membawakan fungsi yang berbeza-beza – mengikut apa yang ditetapkan oleh pengguna.
Seperti biasa, pemfailan paten ini boleh dikatakan hanya sebagai konsep sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan dikeluarkan secara rasminya ataupun tidak. Apatah lagi dengan pihak Microsoft yang dijangka akan selesai mengambil-alih perniagaan peranti Nokia pada 2014 kelak, mungkin kita akan melihat perubahan padanya sekiranya Microsoft meneruskan hajat dalam hadir dengan “Surface Watch”.
0 ulasan: