Chromebook Pixel – laptop Chrome OS terbaru daripada Google



Google kini semakin menghampiri pasaran Apple dan Microsoft dengan memperkenalkan laptop terbaru Chromebook Pixel dengan rekabentuk premium serta harga yang agak tinggi, iaitu bermula $1299 (RM4000+).
Walaupun laptop Chromebook Pixel ini belum pasti akan muncul di pasaran Malaysia, namun kami paparkan info mengenai laptop Chromebook Pixel ini untuk pengetahuan umum.


Chromebook Pixel Specs




Tarikan utama Chromebook Pixel ialah rekabentuk premium, dengan body diperbuat daripada aluminium…seperti kebanyakan model MacBook daripada Apple. Dari segi display dan skrin, Chromebook Pixel mempunyai touchscreen dengan resolusi 2560×1700, serta kualiti gambar dan warna yang cantik.
Berbanding kebanyakan laptop yang menggunakan aspect ratio widescreen 16:9 atau 16:10, rekabentuk skrin Chromebook Pixel pula agak berpetak disebabkan aspect ratio 3:2. Mungkin agak sesuai untuk melayari web namun tidak sesuai untuk menonton video yang kini kebanyakannya dalam format 16:9.
Dari segi processor, Chromebook Pixel menggunakan spesifikasi yang hampir sama dengan kebanyakan ultrabook, MacBook Air, Microsoft Surface Pro iaitu dual core Intel Core i5, 4gig ram dan grafik Intel HD 4000.

Chrome OS

Walaupun secara on-paper Chromebook Pixel nampak menarik, namun hakikatnya banyak kelemahan dan kritikan mengenai produk terbaru Google ini. Antaranya ialah penggunaan Chrome OS sebagai sistem operasi utama.



Chrome OS merupakan sistem operasi yang dibina khas untuk pengguna komputer yang sentiasa online 24/7 dan teras utama Chrome OS ialah pelayar internet Chrome. Hampir semua fungsi Chrome OS memerlukan sambungan internet secara tetap kerana kebanyakan data, aplikasi, dokumen dan lain-lain disimpan di dalam storan awan (cloud storage).
Ia mungkin ideal jika digunakan di negara seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan atau Jepun…namun Chrome OS agak kurang praktikal sekiranya digunakan di Malaysia.
Anda juga tidak boleh menggunakan sebarang perisian dan permainan Windows seperti Firefox, Adobe Photoshop, VLC Player, Internet Download Manager, Dota 2, Warcraft 3, Steam dan lain-lain lagi. Sekiranya anda mempunyai sambungan internet yang laju…adalah possible untuk gunakan aplikasi Windows secara remote namun ianya masih kurang praktikal dari segi loading time dan kos.

Chromebook Pixel : Kritikan

Sekiranya anda melawati laman-laman teknologi terkenal, rata-rata mengkritik Chromebook Pixeldisebabkan sebab-sebab berikut :
- Ketahanan bateri hanya selama 5 jam untuk laptop yang kegunaan utama ialah melayari internet
- Harga tidak masuk akal iaitu bermula $1299 (RM4000+) untuk model WiFi dan hanya 32 GB ruang storan.
- Tiada fungsi USB 3.0 dan HDMI, yang ada hanya USB 2.0 dan Mini-display port



- Jika dibandingkan dengan Macbook Air dan Ultrabook lain, Chromebook Pixel dikatakan agak tebal dan berat.
- Chromebook Pixel mempunyai fungsi touchscreen padahal antaramuka (UI) Chrome OS adalah dibina khas untuk penggunaan mouse serta trackpad.
- Salah satu punca mengapa produk Google popular seperti peranti Nexus (Nexus 10, Nexus 7, Nexus 4, Galaxy Nexus) adalah harga yang murah serta spesifikasi yang agak ok…namun Chromebook Pixel mempunyai harga tak masuk akal…dengan harga sekitar RM4000, adalah lebih berbaloi beli laptop Windows ataupun Apple kerana ianya mempunyai sistem operasi desktop penuh, bukan sistem operasi browser Chrome.

Chromebook Pixel : Pandangan Saya

Saya cukup tertarik dengan resolusi tinggi iaitu 2560×1700 yang digunakan pada Chromebook Pixel. Lebih tinggi resolusi, lebih tajam paparan teks dan visual kerana 80% kegunaan komputer saya secara harian ialah untuk tujuan pembacaan.
Namun, pada harga yang agak mahal dan fungsi yang agak terhad, Google mungkin menghadapi kesukaran untuk menjual Chromebook Pixel dalam jumlah yang tinggi seperti mana yang terjadi kepada peranti Nexus Q.
Lebih banyak persaingan, lebih banyak keuntungan untuk pengguna dan bakal pembeli gadget dan barangan komputer.
Apa pandangan anda mengenai Chromebook Pixel ini?



0 ulasan:

Copyright © 2013. BlogNazrulYo - All Rights Reserved By Nazrul Yo
Customized by: BlogNazrul Yo | Powered by:NazrulYo
Designed by:NazrulYo