AdwCleaner– buang toolbar dan adware dengan mudah



AdwCleaner merupakan perisian yang memudahkan pengguna membuang segala jenis toolbar dan juga adware pada komputer menggunakan sistem operasi Windows.
Biasanya mengikut pengalaman saya, komputer yang penuh toolbar dan adware (malware iklan dan popup) adalah komputer perpustakaan, pejabat, ataupun komputer yang digunakan oleh ramai orang. Kesannya, komputer menjadi lambat dan produktiviti berkurang drastik.



Contoh komputer yang dipenuhi toolbar.
AdwCleaner akan scan segala perisian yang dipasang di dalam komputer anda termasuk sekali scan pada registry. Selepas itu, anda hanya perlu tekan butang delete sahaja dan AdwCleaner akan mencuci segala perisian mengarut seperti toolbar dan sebagainya.
Berbanding scan antivirus yang memakan masa berjam2, AdwCleaner adalah sangat laju dan ringan.
Download AdwCleaner (percuma).



0 ulasan:

Copyright © 2013. BlogNazrulYo - All Rights Reserved By Nazrul Yo
Customized by: BlogNazrul Yo | Powered by:NazrulYo
Designed by:NazrulYo