Sony Xperia C Hadir ke Pasaran Malaysia
Jika anda sedang mencari sebuah telefon pintar yang berharga rendah di bawah RM1000, tetapi dilengkapi ciri-ciri yang hebat, anda mungkin patut menimbang untuk mendapatkan telefon pintar Sony Xperia C yang telah hadir ke pasaran Malaysia.
Sony Xperia C Hadir ke Pasaran Malaysia
Sebuah laman web jualan peranti secara atas talian telah menyenaraikan telefon pintar Sony Xperia C pada harga RM949 setelah didiskaunkan harga asalnya RM999. Apa yang menarik mengenai Sony Xperia C ialah pada harga rendah itu anda mendapat sebuah telefon pintar yang dilengkapi skrin 5 inci, pemproses quad core dan menyokong dwi kad SIM.
Dilihat sebagai versi kecil Sony Xperia Z, Xperia C mengekalkan ciri-ciri rekabentuknya termasuk butang kuasa metalik. Secara spesifik, ia dilengkapi pemproses quad-core MediaTek MT6589 1.2GHz, 1 GB RAM dan ruang storan sebanyak 4GB yang boleh ditambah menggunakan kad Micro SD. Walaubagaimanapun skrin 5 incinya hanya mempunyai resolusi 960×540 yang dilihat agak rendah dengan kepadatan piksel hanya 220ppi.
Dari segi kamera, ia dilengkapi kamera 8MP di bahagian belakang di samping butang kamera di tepinya yang dilengkapi fungsi Fast Capture, yang membenarkan pengguna mengambil gambar dari sleep mode dengan serta-merta. Akhir sekali, ia dilengkapi bateri 2,390mAh dan mempunyai berat hanya 153 gram dan ketebalan 8.88mm.
Untuk maklumat lanjut, layarilah laman web produk di Storekini.com
0 ulasan: