Pro Evolution Soccer 2014 (PES 14) : Tips & Review
Seminggu lepas, saya telah mencuba Pro Evolution Soccer 2014 (PES 14) untuk pelantar PC dan walaupun ada beberapa perubahan yang saya kurang suka, namun PES 14 masih seronok dimainkan jika kena pada caranya.
Berikut merupakan beberapa tips dan juga review ringkas PES 14 daripada saya.
Setiap tahun, PES masih tidak berjaya membawakan nama kelab beserta logo, kit, stadium, yang lengkap seperti FIFA, out of box. Manchester City masih dengan nama Manchester Blue, Liverpool sebagai Merseyside Red dan Chelsea pula London PC.
Manakala senarai perpindahan pemain juga tidak up-to-date. Contohnya, Mesut Ozil masih lagi bersama Real Madrid dan bukannya Arsenal.
Untuk mengatasi masalah ini, saya cadangkan anda install PESEDIT.COM 2014 PATCH yang mengandungi PES 2014 Patch 1.01 dan Data Pack 1.00.
Mesut Ozil masuk Arsenal, London FC jadi balik Chelsea dan banyak lagi peningkatan yang lebih menyeronokkan.
Dan ini merupakan Settings yang saya pilih sebelum memulakan permainan. Super Star, pilih ini jangan pilih level Amateur pula ya.
Dari segi button dan support settings, saya pilih settings berikut. PES 2014 sangat menekankan manual control dan skill through pass, passing dsb yang lebih Advanced namun jika anda tidak berminat membiasakan diri dengan cara baru itu anda boleh gunakan basic control saja.
Review Ringkas
Grafik PES 2014 bagi saya agak cantik dan ada peningkatan berbanding PES 2013.
Paparan visual berkualiti tinggi dipertunjukkan sekiranya anda bermain pada settings high @ 1920×1080 atau resolusi yang lebih tinggi.
Beberapa cara baru mengambil sepakan yang agak mengelirukan pada mulanya tetapi anda boleh biasakan diri dalam beberapa kali cubaan.
Malangnya, aliasing/jagged edges masih jelas kelihatan terutamanya ketika preview kit. Tekstur grafik resolusi rendah agak mencacatkan game yang pada dasarnya kelihatan gah dari segi visual.
Soundtrack asal PES 2014 juga kurang memberangsangkan…agak bosan.
Keseluruhannya, PES 2014 masih lagi game bolasepak yang seronok dimainkan, mempunyai kualiti visual grafik yang agak baik namun ketiadaan lesen kelab terkemuka, soundtrack yang membosankan, jagged aliasing yang ketara, serta cara pengawalan yang agak mengelirukan pada awalnya mungkin tidak akan menggembirakan sejumlah pemain game ini.
Sumber:JomPHP
0 ulasan: