Meningkatkan prestasi pc atau laptop
Terdapat 4 cara manual yang boleh anda lakukan bagi mempertingkatkan prestasi pc mahupun laptop anda:
1.Gunakan Registry Cleaner
Ini merupakan cara terbaik dan pantas bagi meningkatkan prestasi pc atau laptop anda. Registry cleaner bukan sahaja membuang registry yang tidak diperlukan lagi,ia juga membuang history pada browser,temporary files dan membuang apa-apa fail yang tidak diperlukan sistem pengoperasian. Saya mencadangkan anda menggunakanCCleaner kerana murah dan selalu updates. Pastikan anda menggunakan perisian ini sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan anda mendapatkan kesan yang lagi baik.
2.Kerap Defrag hardisk anda
Data sering keluar masuk ke dalam hardisk anda namun adakah anda tahu bahawa didalam hardisk terdapat sektor-sektor bagi menyimpan data tersebut dan data disimpan secara random atau tidak teratur. Bagi membantu windows mengakses capaian data anda,defrag mampu menyusun fail dan mendahulukan fail yang kerap diakses. Ini dapatkan mengurangkan masa untuk anda buka satu-satu perisian atau dokumen.Untuk defrag anda bolehklik sini bagi bantuan atau muatturun perisian ini bagi membantu anda defrag hardisk anda.
3.Kerap Scan Adware/Spyware dan Viruses
Sememangnya Adware/Spyware dan Viruses melambatkan prestasi pc atau laptop anda. Kesan dan buang anasir-anasir ini meningkatkan prestasi dan melindungi dokumen-dokumen anda. Antivirus AVG Free Edition mampu membuang virus terkini dan ingat,kerap updates antivirus ini.Ad.Ware pula mengesan dan membuang adware dan spyware blaster membuang spyware yang ada dalam pc atau laptop anda. Klik pada nama-nama perisian bagi memuatturunnya.
4.Adjust pc atau laptop Visual effects
Windows terutama windows 7 dan vista memberikan anda visual effect yang menarik seperti fading menus dan animasi windows tetapi semua ini melibatkan prestasi pc atau laptop anda. Bawah adalah langkah-langkah bagi membaiki masalah ini:
1.Klik Start,dan kemudian Klik Control Panel.
2.Klik System.
3.Cari Advanced tab and Klik
4.Dibawah Performance, Klik Settings
5.Dibawah Visuals Effects,dan boleh memilih pilihan yang ada dan Adjust for best performance atau custom.Jika anda memilih Adjust for best performance semua pilihan akan diuncheck.
2.Klik System.
3.Cari Advanced tab and Klik
4.Dibawah Performance, Klik Settings
5.Dibawah Visuals Effects,dan boleh memilih pilihan yang ada dan Adjust for best performance atau custom.Jika anda memilih Adjust for best performance semua pilihan akan diuncheck.
Namun jika anda rasa susah dan hanya mahukan 1 klik bagi meningkatkan prestasi komputer atau laptop anda,anda boleh memuatturun tune up utilities bagi membantu anda.
0 ulasan: