Google Memperkenalkan Sokongan Pemantauan Dan Penyeliaan Pengguna Pada Chrome Beta



Dengan lebih ramai yang mengakses internet pada hari ini, semestinya ibu bapa ingin memantau pelayaran web oleh anak-anak mereka dan sebagainya. Memudahkan perkara ini, kini pihak Google dilihat sebuah fungsi baru untuk memantau dan menyelia pengguna.

Melalui fungsi ini, pengguna utama boleh menambah akaun pengguna baru dibawah mereka, dan kemudiannya memantau pelbagai aktiviti mereka, disamping menghalang daripada beberapa laman diakses oleh mereka.
Perkara ini juga mungkin amat berguna kepada pelajar sekolah, memandangkan kini Chromebook digunakan dengan meluas di sekolah-sekolah tempatan, sekaligus memudahkan cikgu dan ibu bapa untuk memantau aktiviti anak-anak mereka.
Buat masa ini, fungsi ini hanya diperkenalkan pada Chrome Beta di Windows, Linux dan juga Mac.

0 ulasan:

Copyright © 2013. BlogNazrulYo - All Rights Reserved By Nazrul Yo
Customized by: BlogNazrul Yo | Powered by:NazrulYo
Designed by:NazrulYo