Beberapa Pengguna iPhone 5S Melaporkan Menghadapi Masalah BSOD
Masalah BSOD sedia terkenal dikalangan pengguna Windows, dan kini dilihat beberapa pengguna peranti iPhone 5S turut sama menghadapi masalah sama.
Mengikut apa yang diketahui buat masa ini, masalah ini berkait kepada aplikasi Apple iWorks, iaitu antara Pages, Numbers dan juga Keynote.
Perkara ini mungkin juga berkait dengan iOS 7, yang mana dilihat menghadapi pelbagai masalah sejak dilancarkan, termasuk masalah dengan sekuriti pada lockscreen dan juga iMessage sebelum ini.
0 ulasan: