Awas! Tips Mengelak Tertipu Dengan Laman Web Phishing
Baiklah pada post kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tips untuk mengelak daripada terkena perangkap laman web phising.Ini kerana sejak kebelakangan ini,terlalu banyak email seperti ini dikirim oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Apa Itu Phising?
Phishing ialah satu cara cuba untuk memperolehi maklumat sensitifseperti nama pengguna, kata laluan dan butir-butir kad kredit dengan menyamar sebagai satu entiti boleh dipercayai dalam satu komunikasi elektronik.
Dalam tips kali ini,saya menggunakan contoh laman web phising CIMB yang dikirim ke email saya baru-baru ini.
Kebiasaannya,email yang anda dapat kelihatan seperti ini :
“CIMB Clicks - ALERT : URGENT MESSAGE (INFORMATION)“
Apabila anda klik pada email tersebut,anda akan nampak mesej seperti berikut.Mesej tersebut akan mengatakan akaun bank anda mempunyai masalah dan anda perlu log masuk ke url web bank yang diberikan untuk login.
Langkah 1 : arahkan cursor anda ke pautan link web bank yang diberikan.
Langkah 2 : Jika anda lihat dalam gambar di bawah,link yang dipaparkan ialahhttp://www.cimbclicks.com.my.Namun sebenarnya,jika anda klik link tersebut,ia akan masuk ke urlcimbuss2011.addr.com/cimb2.htm .Anda boleh lihat pautan tersebut di tepi sebelah kiri pelayar web anda.
0 ulasan: